Friday, August 28, 2009

Lawatan mengejut Penghulu di Telecenter Tanjung Minyak Hari Ini



Hari ini, 28 Ogos 2009 (Jumaat) satu lawatan mengejut Penghulu Kawasan YB Mohd Nizam dan YB Bukit Katil Mohd Dan ke telecenter kira2 pukul 10 pagi.


Pelbagai komen dan cadangan telah dibincangkan bersama dengan YB dan Sidang kira-kira 15 minit tempoh lawatan tersebut. Menurut YB Mohd Nizam, beliau akan memanggil 2 lagi pengurus telecenter Sg. Badau dan Krubong dalam masa terdekat untuk mengetahui perkembangan lanjut berkenaan program-program mahupun perancangan telecenter masing-masing....

Thursday, August 27, 2009

Meeting with UPEN @28th Aug 2009

Hi All Managers,
Kindly be informed that there will be a meeting with UPEN as follows:

Date: 28th Aug 2009
Time: 4.00pm
Venue: Tun Teja Room

Full attendance is highly appreciated.

Thanks Ms. Fieza from Tambak Sebelong for giving this information.

Regards,
Fazilah

Tuesday, August 25, 2009

Program Latihan ICT Pelajar Sekolah Menengah



Assalamualaikum & Ramadhan Al-Kareem....

Projek pertama telecenter Tanjung Minyak adalah Program ICT bagi pelajar sekolah menengah bermula 24 Ogos - 31 Ogos 2009.

Para peserta merupakan pelajar Sekolah Tun Haji Abd Malek (STHAM) Tanjung Minyak, Melaka.

Sessi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tenaga pengajar adalah ajen eksekutif Program ICT e-Melaka (K-Ekonomi) Puan Nasriyah Bt Rahmat.

Setiap pelajar diberi latihan tentang penggunaan Microsoft Office (Excel, Word,PowerPoint) pada sessi pagi dan Email, e-banking pada sessi petang.

Projek ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Monday, August 17, 2009

New Telecenter in Tanjung Minyak, Melaka


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa itu Telecenter?

Telecenter adalah tempat awam dimana pembelajaran ICT dan capaian ke Internet boleh diperolehi melalui alat-alat komunikasi seperti, komputer, fax, kamera web, dsb.

Apakah objektif Telecenter?

Memajukan dan membangunkan pendidikan, ekonomi dan sosial (P.E.S) masyarakat setempat.

Dimanakah lokasi Telecenter?

Balai Raya Masjid Tanjung Minyak, 75250 Melaka.

Apakah fasiliti / kemudahan yang disediakan?

Perkhidmatan Internet, Blogger, Fasilitator ICT, Latihan

Sudahkah Telecenter ini dibuka?

Telecenter akan dibuka pada 1 September 2009.

Kata-kata Aluan

Kedatangan tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sila hubungi Pegawai Bertugas : Fazilah Hassan (012-3457147)