Monday, September 28, 2009

Promosi Cuti Sekolah

Sertailah program MicrosoftOffice (Word/Excel/PowerPoint)!
Kadar Yuran serendah RM20 untuk 8 jam
Diskaun 20% untuk ahli PKTTM

Daftar segera! Telefon kami 06-336 9961 atau datang terus ke Pusat Komuniti Telecenter Tanjung Minyak, Balai Raya Masjid Tun Mohd Khalil, Tanjung Minyak, Melaka.

Wednesday, September 23, 2009

Raya dah masuk hari ke-4

Salam Aidilfitri

Hari ini masuk hari yang ke-4 umat islam maraikan hari lebaran. Terlalu cepat dan pantas berlalu. Teringat masa aku kecik-kecik dulu, kalau cuti sekolah seminggu maka seminggu lah kami adik-beradik jalan beraya ke rumah sanak saudara dan sahabat handai.

Sekarang ni, yang meriah masa pagi hari raya. Tatkala mendengar je laungan takbir raya sayu je kat hati ni teringat pada yang tiada dan yang tak dapat balik beraya...

Wednesday, September 16, 2009

Gambar PKTTM - Terkini

Ni masa latihan kerjasama dengan agen eksekutif e-Melaka

Ni masa memula pembukaan, baru je lepas pasang tikar getah dan buat susunatur meja komputer

Ni pemandangan dari luar PKTTM

Korang kalau nak datang, kena masuk masjid ni. Lepas tu barulah nampak PKTTM...

Tuesday, September 8, 2009

Pusat Komuniti Telecenter Tg. Minyak (PKTTM)

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,
Anda dialu-alukan mendaftar sebagai Ahli PKTTM.

Pelbagai kelebihan mendaftar sebagai ahli!
- Diskaun harga printing & scanning
- Diskaun bagi yuran program / latihan yang dianjurkan oleh Telecenter
- Diutamakan bagi program anjuran kerajaan negeri PERCUMA!

Yuran tahunan RM10.00. Daftarlah sekarang! Rebutlah peluang ini!

Datanglah beramai-ramai ke Telecenter Tg. Minyak

Monday, September 7, 2009

Perlantikan Pengurus Telecenter 7 September 2009

Salam....

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis perlantikan Pengurus Telecenter seramai 21 orang.
Fail meja telah disampaikan oleh Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.

Pagi tadi juga berlangsung perhimpunan bulanan bagi kakitangan kerajaan negeri melaka.....
Pertama kali dalam sejarah menghadiri perhimpunan seperti ini....

Friday, September 4, 2009

Telah Mula Beroperasi 1 Sept 2009

Salam Sejahtera

Telecenter Tanjung Minyak telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2009.

Waktu operasi pada bulan Ramadhan ini adalah dari pukul 9.30 pagi - 5.30 petang (Isnin - Jumaat).

Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup