Friday, November 20, 2009

Briefing Modul by INSPIM
















Salam, lama dah tak masuk blog ni. Bz je memanjang...dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan (batuk, suara rock ni) baru ari ni dapat update laman web.

Pagi td Dr. Zaharim ada bagi briefing kt semua Pengurus Telecenter tentang modul latihan untuk ahli2 PKT.

Alhamdulillah, insyallah dapat lah pelbagai lagi modul-modul yang dikehendaki oleh semua Pengurus tak lama lagi...

Monday, October 26, 2009

Kursus Pengurusan Telecenter (Sistem)

Berikut adalah jadual kursus pengurusan telecenter:-

Tarikh: 27 Okt - 28 Okt 2009
Tempat: Telecenter Tanjung Minyak, Melaka
Masa: 8.00am - 4.30pm
Tajuk kursus: Operating system & system security

Semua pengurus diminta merujuk kepada jadual masing-masing...

Selamat Datang Ke Telecenter Tg Minyak...

Thursday, October 15, 2009

Sebut Harga Headphone & Pen Drive

Salam sejahtera,

Ni dia sebut harga bagi headphone & pen drive:-

ITEM UNIT PRICE
HEADPHONE RM20.00 / UNIT
PENDRIVE 2 GB RM29.90 / UNIT
PENDRIVE 8 GB RM69.90 / UNIT

Nota: Harga maybe boleh kurang kalau kita beli byk.....

Lagi Gambar-gambar Kursus...











Tuesday, October 6, 2009

Training 12-13 Oct at Lake Garden

Kepada semua Pengurus Telecenter berikut adalah jadual training:

Tarikh : 12-13 Oct 2009
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Lake Garden, Ayer Keroh

Pihak IMM minta dipanjangkan kpd semua.

Tq

Monday, September 28, 2009

Promosi Cuti Sekolah

Sertailah program MicrosoftOffice (Word/Excel/PowerPoint)!
Kadar Yuran serendah RM20 untuk 8 jam
Diskaun 20% untuk ahli PKTTM

Daftar segera! Telefon kami 06-336 9961 atau datang terus ke Pusat Komuniti Telecenter Tanjung Minyak, Balai Raya Masjid Tun Mohd Khalil, Tanjung Minyak, Melaka.

Wednesday, September 23, 2009

Raya dah masuk hari ke-4

Salam Aidilfitri

Hari ini masuk hari yang ke-4 umat islam maraikan hari lebaran. Terlalu cepat dan pantas berlalu. Teringat masa aku kecik-kecik dulu, kalau cuti sekolah seminggu maka seminggu lah kami adik-beradik jalan beraya ke rumah sanak saudara dan sahabat handai.

Sekarang ni, yang meriah masa pagi hari raya. Tatkala mendengar je laungan takbir raya sayu je kat hati ni teringat pada yang tiada dan yang tak dapat balik beraya...

Wednesday, September 16, 2009

Gambar PKTTM - Terkini

Ni masa latihan kerjasama dengan agen eksekutif e-Melaka

Ni masa memula pembukaan, baru je lepas pasang tikar getah dan buat susunatur meja komputer

Ni pemandangan dari luar PKTTM

Korang kalau nak datang, kena masuk masjid ni. Lepas tu barulah nampak PKTTM...

Tuesday, September 8, 2009

Pusat Komuniti Telecenter Tg. Minyak (PKTTM)

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,
Anda dialu-alukan mendaftar sebagai Ahli PKTTM.

Pelbagai kelebihan mendaftar sebagai ahli!
- Diskaun harga printing & scanning
- Diskaun bagi yuran program / latihan yang dianjurkan oleh Telecenter
- Diutamakan bagi program anjuran kerajaan negeri PERCUMA!

Yuran tahunan RM10.00. Daftarlah sekarang! Rebutlah peluang ini!

Datanglah beramai-ramai ke Telecenter Tg. Minyak

Monday, September 7, 2009

Perlantikan Pengurus Telecenter 7 September 2009

Salam....

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis perlantikan Pengurus Telecenter seramai 21 orang.
Fail meja telah disampaikan oleh Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.

Pagi tadi juga berlangsung perhimpunan bulanan bagi kakitangan kerajaan negeri melaka.....
Pertama kali dalam sejarah menghadiri perhimpunan seperti ini....

Friday, September 4, 2009

Telah Mula Beroperasi 1 Sept 2009

Salam Sejahtera

Telecenter Tanjung Minyak telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2009.

Waktu operasi pada bulan Ramadhan ini adalah dari pukul 9.30 pagi - 5.30 petang (Isnin - Jumaat).

Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

Friday, August 28, 2009

Lawatan mengejut Penghulu di Telecenter Tanjung Minyak Hari Ini



Hari ini, 28 Ogos 2009 (Jumaat) satu lawatan mengejut Penghulu Kawasan YB Mohd Nizam dan YB Bukit Katil Mohd Dan ke telecenter kira2 pukul 10 pagi.


Pelbagai komen dan cadangan telah dibincangkan bersama dengan YB dan Sidang kira-kira 15 minit tempoh lawatan tersebut. Menurut YB Mohd Nizam, beliau akan memanggil 2 lagi pengurus telecenter Sg. Badau dan Krubong dalam masa terdekat untuk mengetahui perkembangan lanjut berkenaan program-program mahupun perancangan telecenter masing-masing....

Thursday, August 27, 2009

Meeting with UPEN @28th Aug 2009

Hi All Managers,
Kindly be informed that there will be a meeting with UPEN as follows:

Date: 28th Aug 2009
Time: 4.00pm
Venue: Tun Teja Room

Full attendance is highly appreciated.

Thanks Ms. Fieza from Tambak Sebelong for giving this information.

Regards,
Fazilah

Tuesday, August 25, 2009

Program Latihan ICT Pelajar Sekolah Menengah



Assalamualaikum & Ramadhan Al-Kareem....

Projek pertama telecenter Tanjung Minyak adalah Program ICT bagi pelajar sekolah menengah bermula 24 Ogos - 31 Ogos 2009.

Para peserta merupakan pelajar Sekolah Tun Haji Abd Malek (STHAM) Tanjung Minyak, Melaka.

Sessi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tenaga pengajar adalah ajen eksekutif Program ICT e-Melaka (K-Ekonomi) Puan Nasriyah Bt Rahmat.

Setiap pelajar diberi latihan tentang penggunaan Microsoft Office (Excel, Word,PowerPoint) pada sessi pagi dan Email, e-banking pada sessi petang.

Projek ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Monday, August 17, 2009

New Telecenter in Tanjung Minyak, Melaka


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa itu Telecenter?

Telecenter adalah tempat awam dimana pembelajaran ICT dan capaian ke Internet boleh diperolehi melalui alat-alat komunikasi seperti, komputer, fax, kamera web, dsb.

Apakah objektif Telecenter?

Memajukan dan membangunkan pendidikan, ekonomi dan sosial (P.E.S) masyarakat setempat.

Dimanakah lokasi Telecenter?

Balai Raya Masjid Tanjung Minyak, 75250 Melaka.

Apakah fasiliti / kemudahan yang disediakan?

Perkhidmatan Internet, Blogger, Fasilitator ICT, Latihan

Sudahkah Telecenter ini dibuka?

Telecenter akan dibuka pada 1 September 2009.

Kata-kata Aluan

Kedatangan tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sila hubungi Pegawai Bertugas : Fazilah Hassan (012-3457147)