Tuesday, August 25, 2009

Program Latihan ICT Pelajar Sekolah Menengah



Assalamualaikum & Ramadhan Al-Kareem....

Projek pertama telecenter Tanjung Minyak adalah Program ICT bagi pelajar sekolah menengah bermula 24 Ogos - 31 Ogos 2009.

Para peserta merupakan pelajar Sekolah Tun Haji Abd Malek (STHAM) Tanjung Minyak, Melaka.

Sessi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tenaga pengajar adalah ajen eksekutif Program ICT e-Melaka (K-Ekonomi) Puan Nasriyah Bt Rahmat.

Setiap pelajar diberi latihan tentang penggunaan Microsoft Office (Excel, Word,PowerPoint) pada sessi pagi dan Email, e-banking pada sessi petang.

Projek ini akan diteruskan pada masa akan datang.

1 comment:

  1. Fazilah,

    Saya lihat telecenter di bawah kelolaan Fazilah telah beroperasi dan ada aktiviti. Tahniah!

    Dr. Zaharim
    http://danaudigital.com.my/blog

    ReplyDelete